Jabal Uhud

Pemandangan indah di Jabal Uhud.
Sekitar kawasan kaki bukit, peniaga turut mengambil peluang dengan menjual bermacam2 jenis kurma, ubat2an spt baby hawa(bagi kegunaan utk mendapatkan chymata)-wallahualam
Berposing berlatarbelakangkan perkuburan syuhuda Uhud
Nabi s.a.w memerintahkan agar para syuhada Uhud dimakamkan di lapangan tempat terjadinya pertempuran, dimana dua atau tiga orang dikuburkan dalam satu liang. Kuburan ini dekat dengan Jabal Rumat, dan menziarahinya adalah sunnah.
Rombongan Al-Safwa penerbangan MAS (20 org termasuk penulis) serta OMAN ( 28) mengambil kesempatan bergambar kenangan di Jabal Uhud.
Terletak ditengah-tengah perkampungan Bani Salamah iaitu disebelah barat daya madinah. Masjid ini dinamakan Masjid Qiblatain yang bermaksud ‘Masjid dua kiblat.’ Sewaktu Baginda sampai ke Madinah, Baginda diarahkan supaya menghadap kiblat solat ke arah Baitul Maqdis dan ramai penduduk Madinah ketika itu dari kaum Yahudi yang memang berkhiblat kearah Baitul Maqdis. Mereka sangat gembira dengan perbuatan Rasulullah ini. Sedangkan Rasulullah lebih suka jika kiblat solat ditukar kearah Baitullah. Baginda sentiasa berdoa dan memandang ke langit mengharapkan turunnya wahyu mengizinkan berpaling ke Baitullah. Ada riwayat mengatakan bahawa orang-orang Yahudi sentiasa memperli Rasulullah dengan berkata….Muhammad menentang ajaran kita tetapi solat mengikut kiblat kita. Akhirnya selepas 16 @ 17 bulan menghadap ke Baitul Maqdis, barulah baginda mendapat perintah berkiblatkan Kaabah seperti Firman Allah Taala di dalam surah Al-Baqarah ayat 144.
Di Ladang Kurma
Beraneka jenis kurma....Amboi sedap tu kan......minum teh arab.
Kat ladang ni ada juga kedai....tapi harganya agak mahal sikit sekiranya berbanding kat pasar Madinah .
Masjid Quba
Rasulullah bersabda''Barangsiapa telah bersuci/berwudhu dirumahnya, kemudian mendatangi masjid Quba lalu solat di dalamnya 2 rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah.
Ketika Nabi s.a.w dlm perjalanan hijrahnya dari Mekah ke Madinah, beliau berhenti di rumah Kalthun ibn al-Hidam, seorang dari Bani Amru ibn Auf ibn Malik ibn Aus. Nabi mengikatkan tali untanya di sana, kemudian membangunkan Masjid Quba, iaitu masjid pertama yg dibangunkan Nabi s.a.w dan para sahabatnya di wilayah Madinah Munawwarah.

Selesai solat sunat di Masjid Quba , ambil kesempatan berposing ngan Mak mertua..Terimakasih pada Ustaz Fathulullah sudi tolong snap...
Perkarangan lobi hotel
Sempat berposing di lobi hotel,menunggu bas tiba untuk kesessi lawatan seterusnya....Sebahagian dari ahli rombongan....Ayah Lah sibuk dok tukar sim kad hp tu....
Perkarangan lobi hotel
No comments:
Post a Comment