MUSIM APA LEPAS HAJI?
Musim apa lepas Haji/umrah.....Setiap yang sudah berada di sana bermacam-macam pengalamam dan cerita. yg gembira, yang sayu , yang manis, yang pahit, yang suka, yang duka, yang pelik dan yang biasa.
Ada yang bercerita sehingga menjadi motivasi kepada bakal haji, pendengar yang belum ada niat tunai hajipun, terus berhasrat untuk daftar dengan tabung haji, yang ini bagus dan sangat terpuji
Alhamdulillah, atas rahmat Allah saya telah dapat menjadi tetamu Allah di Mekah dan Madinah. Sesiapa yang kesana pasti disudut hatinya akan tersimpan hasrat untuk kesana lagi.....
Disebabkan untuk menunaikan fardhu haji amat payah dan menunggu quota, itu yang menyebabkan hati ini berkehendak juga menjejak kaki ini kesana....ok lah aku akan mengerjakan umrah dulu lah....detik hati ku....kat sana nanti aku akan memohon pada Allah agar aku dapat menunaikan fardhu haji pulak lepas ni........amin.
Memang diakui bila kita disana untuk mengerjakan umrah....kita memerlukan tenaga untuk menyelesaikan ibadah itu....terfikir pula hati ini kalau untuk haji lagi lah......itu sebablah, pada yang ada kemampuan usahakanlah kesana seawal usia yang boleh, kita belum pasti lagi keadaan kita esok hari, sementara badan sihat , tenaga ada, kita tunaikan lah rukun islam ke5, ini, kita selesaikan dahulu .....
Saya masih menaruh harapan yang tinggi agar Allah menjemputku kesana secepat mungkin......untuk menunaikan ibadah haji pula....
Adakala saya mengajak rakan-rakan jomlah kita pergi daftar kat tabung haji, nnati cepatlah kita dapat kesana....segelintirnya daripada mereka menjawab:
1. Aku banyak dosa (malu dan takut orang alim nampak)
2. Aku masih nak enjoy ( takut terima balasan sertamerta lantas cacat)
3. Ada perkara fardhu yang aku suka tinggalkan ( takut dapat balasan segera)
4. Belum sampai seru ( alasan lemah walaupun selalu bercuti ke Eropah)
Memang sah ! mereka ini telah terpengaruh dan takut dengan cerita2 yg pelik daripada mereka yg suka berdonggeng rakyat. Walaupun ia ada nilai pengajaran , namun ia menakutkan segelintir manusia sehinggakan mereka terlepas peluang bertaubat di Mekah dan madinah.
Betullah apa yang saya baca dari petikan buku........
Rupanya terlalu banyak kelebihan yang Allah s.w.t berikan kepada orang yang mengerjakan umrah dan haji ini....oleh itu selaku muslim yg mukallaf, hendaklah kita berusaha untuk mencukupkan kemampuan, agar dengannya kita dapat menyempurnakan umrah dan haji.
Jangan kita beralasan yang bukan-bukan lagi......
Kerana kesungguhannya, ibadah haji adalah satu dari rukun Islam yang lima, sebagaimana kita dituntut untuk menunaikan solat, menunaikan zakat dan berpuasa. Maka begitulah juga, kita sebenarnya dituntut untuk menyegerakan haji.
Oleh itu.....
Bersegeralah kita tunaikan haji yang wajib , kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi atas diri kita andai kita melewat-lewatkannya.
Bersegeralah kita tunaikan haji, kerana kita tidak tahu apa yang berlaku dimasa akan datang, mungkin penyakit akan menimpa kita dan sebagainya.
Andai kita boleh belanjakan berpuluh ribu ringgit untuk majlis kenduri kahwin, untuk membeli sebuah kereta atau membeli rumah. Masakan kita tidak boleh belanjakan wang sekitar RM10K hingga RM20K untuk menyegerakan haji...
Tahun berapa kita boleh pergi haji.....itu bukan masalahnya! Masalahnya ialah......
Adakah kita sudah mula merancang untuk pergi haji?
Adakah kita sudah mula berusaha untuk pergi haji?
Adakah kita sudah mendaftar diri untuk pergi haji?
Daftar 2009, tahun 2023 baru dapat......sekarang umur 40 tambah lagi 23 tahun dah jadi 63....masa tu kita belum pasti samada kita bertenaga macam sekarang, mungkin dah ada penyakit ...kerana di sana kita bukan menunaikan haji tetapi mengerjakan haji yang memerlukan hampir 95% tenaga....cuba kita renung dan fikir sejenak.....
Setelah kita daftar untuk pergi haji, mungkin giliran kita pergi haji ialah 2023 nanti, Tetapi siapa tahu , mungkin dengan berkat kesungguhan kita, selang setahun selepas kita mendaftar haji, tiba-tiba kita dapat surat dari lembaga Tabung haji , menyatakan bahawa kita boleh pergi mengerjakan haji pada musim tahun 2011 bersamaan 1432hijriah...
Sesungguhnya tiada siapa yang tahu....tetapi hanya Allah s.w.t yang maha tahu....
No comments:
Post a Comment