Saturday, July 17, 2010

Madinah ....ku akan tinggal bumi mu buat sementara waktu.......

Madinah...oh Madinah.....


Setelah berada di Madinah selamat 4 hari 3 malam tibalah masanya rombongan AlSafwa seramai 21 orang diketuai oleh Ayah Lah berangkat meninggalkan Madinah , menuju ke Mekah. Insyaallah akan ku kembali lagi di bumi Madinah ini yang penuh dengan ketenangan disini....bersih daripada maksiat dan dosa mensyirikkan Allah.....barang siapa yang berkunjung di sini pasti akan menyatakan akan berkunjung kesini lagi .......


Madinah oh madinah.....memang padamu terlalu banyak kelebihan dan anugerah.... mengamit kerinduanku ........

Kelebihan solat di Masjid Nabawi
Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Barangsiapa yg mendirikan solat dimasjidku ini sebanyak 40 solat, dia akan dikurniakan pembebasan, iaitu bebas daripada api neraka, bebas daripada azab dan bebas daripada sifat nifaq (munafiq)

Kelebihan-kelebihan kota Madinah , padanya terdapat kesan2 sejarah perjuangan baginda Rasulullah s.a.w dan para sahabat.....
a) padanya ada pengorbanan tinggi yg pernah dilakukan oleh kaum ansar.
b) padanya ada semangat setiakawan Abu Bakar as Siddiq
c) padanya ada semangat kental Umar Al faruq
d) padanya ada semangat hebat Ali Karamallahu Wajhah
e) padanya ada semangat pahlawanKhalid Al Walid





Pandangan pintu masuk ke Maqam Rasulullah s.a.w
Pintu menuju ke Maqam Rasulullah




No comments:

Post a Comment