Sunday, July 18, 2010

Jabal Rahmah

Bergambar di kaki lereng Jabal Rahmah. Jabal Rahmah terletak di Padang Arafah. Mengikut riwayat ahli sejarah, diatas bukit inilah tempat pertemuan pertama kali Nabi Adam A.S. dan Siti Hawa di atas muka bumi ini. Setelah turun kebumi ini dari Syurga, mereka terpisah selama 200 tahun malah, dikatakan bahawa tempat ini merupakan antara tempat mustajab doa..khususnya utk mereka yang hendak mencari jodoh, betul ke tak...wallhualam



Pandangan di kaki lereng Jabal Rahmah, buat pertama kalinya,aku terus memanjat bukit melalui batu2....nak buat mcm dah tak nampak tangga dilereng tangga batu disebelah kiri sana tu ada, advanture sikit mendaki dicelah2 batu bukit ni...

Sungguh indah pemandangan dari atas Jabal Rahmah ni, nampak terbentang luas Padang Arafah.....waktu ini lengang lah...musim haji sudah pasti kawasan ini dibanjiri dengan manusia dari segenap lapisan...ini adalah kerana pada tanggal 9 Zulhijjah setiap tahun, seluruh jamaah haji akan berkumpul di sini untuk berwukuf...dan di situ mereka akan bertasbih..bertahmid..beribadat dan berdoa kepada Allah taala...semata-mata mengharapkan keredhaan dan maghfirah dariNya. .Semoga Allah menjemput ku untuk menunaikan haji pulak di usiaku yg masih bertenaga...Ya Allah kau makbulkan lah....


Di puncak Jabal Rahmah.... kat batu tu tercatit macam-macam tulisan mereka yang berkunjung di sini, peniaga apa lagi mengambil kesempatan untk mengambil gambar....SR10 utk sekali snap, gambar terus kuar kat situ, kita yg ada kamera apa lagi, inilah peluang untuk menjadikan kenangan.




Pemandangan dari puncak Jabal Rahmah, dimana aje peniaga mengambil kesempatan untuk menjual.....



No comments:

Post a Comment