MUSIM APA LEPAS HAJI?
Musim apa lepas Haji/umrah.....Setiap yang sudah berada di sana bermacam-macam pengalamam dan cerita. yg gembira, yang sayu , yang manis, yang pahit, yang suka, yang duka, yang pelik dan yang biasa.
Ada yang bercerita sehingga menjadi motivasi kepada bakal haji, pendengar yang belum ada niat tunai hajipun, terus berhasrat untuk daftar dengan tabung haji, yang ini bagus dan sangat terpuji
Alhamdulillah, atas rahmat Allah saya telah dapat menjadi tetamu Allah di Mekah dan Madinah. Sesiapa yang kesana pasti disudut hatinya akan tersimpan hasrat untuk kesana lagi.....
Disebabkan untuk menunaikan fardhu haji amat payah dan menunggu quota, itu yang menyebabkan hati ini berkehendak juga menjejak kaki ini kesana....ok lah aku akan mengerjakan umrah dulu lah....detik hati ku....kat sana nanti aku akan memohon pada Allah agar aku dapat menunaikan fardhu haji pulak lepas ni........amin.
Memang diakui bila kita disana untuk mengerjakan umrah....kita memerlukan tenaga untuk menyelesaikan ibadah itu....terfikir pula hati ini kalau untuk haji lagi lah......itu sebablah, pada yang ada kemampuan usahakanlah kesana seawal usia yang boleh, kita belum pasti lagi keadaan kita esok hari, sementara badan sihat , tenaga ada, kita tunaikan lah rukun islam ke5, ini, kita selesaikan dahulu .....
Saya masih menaruh harapan yang tinggi agar Allah menjemputku kesana secepat mungkin......untuk menunaikan ibadah haji pula....
Adakala saya mengajak rakan-rakan jomlah kita pergi daftar kat tabung haji, nnati cepatlah kita dapat kesana....segelintirnya daripada mereka menjawab:
1. Aku banyak dosa (malu dan takut orang alim nampak)
2. Aku masih nak enjoy ( takut terima balasan sertamerta lantas cacat)
3. Ada perkara fardhu yang aku suka tinggalkan ( takut dapat balasan segera)
4. Belum sampai seru ( alasan lemah walaupun selalu bercuti ke Eropah)
Memang sah ! mereka ini telah terpengaruh dan takut dengan cerita2 yg pelik daripada mereka yg suka berdonggeng rakyat. Walaupun ia ada nilai pengajaran , namun ia menakutkan segelintir manusia sehinggakan mereka terlepas peluang bertaubat di Mekah dan madinah.
Betullah apa yang saya baca dari petikan buku........
Rupanya terlalu banyak kelebihan yang Allah s.w.t berikan kepada orang yang mengerjakan umrah dan haji ini....oleh itu selaku muslim yg mukallaf, hendaklah kita berusaha untuk mencukupkan kemampuan, agar dengannya kita dapat menyempurnakan umrah dan haji.
Jangan kita beralasan yang bukan-bukan lagi......
Kerana kesungguhannya, ibadah haji adalah satu dari rukun Islam yang lima, sebagaimana kita dituntut untuk menunaikan solat, menunaikan zakat dan berpuasa. Maka begitulah juga, kita sebenarnya dituntut untuk menyegerakan haji.
Oleh itu.....
Bersegeralah kita tunaikan haji yang wajib , kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi atas diri kita andai kita melewat-lewatkannya.
Bersegeralah kita tunaikan haji, kerana kita tidak tahu apa yang berlaku dimasa akan datang, mungkin penyakit akan menimpa kita dan sebagainya.
Andai kita boleh belanjakan berpuluh ribu ringgit untuk majlis kenduri kahwin, untuk membeli sebuah kereta atau membeli rumah. Masakan kita tidak boleh belanjakan wang sekitar RM10K hingga RM20K untuk menyegerakan haji...
Tahun berapa kita boleh pergi haji.....itu bukan masalahnya! Masalahnya ialah......
Adakah kita sudah mula merancang untuk pergi haji?
Adakah kita sudah mula berusaha untuk pergi haji?
Adakah kita sudah mendaftar diri untuk pergi haji?
Daftar 2009, tahun 2023 baru dapat......sekarang umur 40 tambah lagi 23 tahun dah jadi 63....masa tu kita belum pasti samada kita bertenaga macam sekarang, mungkin dah ada penyakit ...kerana di sana kita bukan menunaikan haji tetapi mengerjakan haji yang memerlukan hampir 95% tenaga....cuba kita renung dan fikir sejenak.....
Setelah kita daftar untuk pergi haji, mungkin giliran kita pergi haji ialah 2023 nanti, Tetapi siapa tahu , mungkin dengan berkat kesungguhan kita, selang setahun selepas kita mendaftar haji, tiba-tiba kita dapat surat dari lembaga Tabung haji , menyatakan bahawa kita boleh pergi mengerjakan haji pada musim tahun 2011 bersamaan 1432hijriah...
Sesungguhnya tiada siapa yang tahu....tetapi hanya Allah s.w.t yang maha tahu....
Catatan perjalananku
Sesungguhnya Allah jadikan sesuatu itu ada bersebab............ Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Saturday, July 24, 2010
INFO KESIHATAN
Minyak Zaitun Yang Barakah
Salam alaik,
Pasti ada di kalangan pembaca adalah Food Technologist, Nutritionist, Herbalist, Chef dan Dietician. Semoga mereka dapat beri pandangan yang lebih professional selepas ini.
Pasti ada di kalangan pembaca adalah Food Technologist, Nutritionist, Herbalist, Chef dan Dietician. Semoga mereka dapat beri pandangan yang lebih professional selepas ini.
Sedikit Sejarah Mengenai Pohon ZaitunMinyak Zaitun, telah digunakan kaum Arab dan kaum Mediteranean dari zaman dulu lagi. Mereka gunakan untuk perubatan, kosmetik, kesihatan, pemakanan dan upacara keagamaan. Pokok Zaitun liar mula ditanam secara komersil sejak 6,000 tahun oleh kaum Arab Sham ( Syria ).
Kemudiannya diperkenalkan oleh pelayar Syria (Arab Phonecian) di Sepanyol, Rom dan Greece persekitaran 3,000 tahun dulu.
Terma bahasa Sepanyol untuk minyak ialah “Aceite” yang dipinjam dari bahasa Arab “Az-Zeit”. Pokok Zaitun mereka namakan “Aceituna” dan minyak Zaitun sebagai “Aceite de Oliva”. Semua kitab, iaitu Torat, Zabur, Injil dan Al-Qoran ada menyebut mengenai Pohon Zaitun.
Tanaman ZaitunPohon Zaitun boleh hidup zaman-berzaman sehingga 1,500 tahun atau lebih.
Tanaman ZaitunPohon Zaitun boleh hidup zaman-berzaman sehingga 1,500 tahun atau lebih.
Penanaman zaitun terbesar di dunia kini adalah Sepanyol, iaitu 300juta pohon. Daerah tanaman Zaitun terbesar adalah di Andalucia yang dimulakan oleh kaum Arab di zaman Sahabat Rasulullah dan Tabiin. Namun begitu, antara minyak Zaitun yang terbaik mutunya datang dari Syria dan Turki dan di export semula oleh Italy dan Greece dengan brand mereka sendiri.
Proses Mendapatkan Minyak ZaitunIa adalah minyak cold-press, iaitu tidak menggunakan haba untuk mendapatkan minyaknya dari buah. Ini bermakna, minyak ini amat sihat digunakan dalam penyediaan makanan. Buah zaitun dikutip dengan tangan dan kemudiannya dicincang halus dan ditekan oleh mesin.
Kemudian untuk mengeluarkan minyak zaitun dari bahan tercincang ini, mereka akan masukkan dalam mesin yang berpusing laju ( CENTRIFUGAL FORCE ). Gred Minyak Zaitun biasanya ada 3. Extra Virgin, Refined ( mixed extra + refined ) dan Regular/Pure.

Mengapa Minyak Zaitun Sihat

Setiap 8 hingga 10 kilo buah Zaitun, akan mengeluarkan 1 kg minyak zaitun. Inilah dinamakan Minyak Zaitun Extra Virgin dengan segala vitamin masih terdapat di dalamnya dengan aciditynya hanya 1% sahaja. Ia sangat sihat digunakan. Satu lagi gred baik untuk masakan adalah Refined
Antara manfaat semulajadi Minyak Zaitun adalah:
1. Mempunyai tahap monounsaturated fat yang tinggi, maka mengurangkan risiko sakit jantung dan angin ahmar.
2. Meningkatkan tahap anti-oxidant ( compound DHPEA-DPA ) yang memberi perlindungan yang kuat kepada cell darah merah dari kerosakan. ( awet muda, kuatkan jantung ).
3. Mempunyai tahap phytochemical yang tinggi yang akan membunuh cell cancer. Sebab itu jumlah wanita yang kena Barah Buah Dada sangat kurang di kalangan penduduk Mediteranean.
4. Polyphenolnya yang banyak dapat melindungi dan mengubat penyakit perut seperti gastrik dan peptic ulcer.
5. Polyphenolnya yang banyak akan mengurangkan risiko Darah Tinggi.
6. Mengurangkan kolesterol yang tinggi untuk orang-orang yang debab dan tidak debab.
7. Menyeimbangkan pengeluaran hormon adinopection, supaya memproses gula badan dengan baik dan memperbaiki tahap insulin, lantas mengurangkan risiko Diabetes Type 2.
8. Melindungi orang dewasa dari Osteoporosis, iaitu kehilangan bahan tulang.
9. Mengurangkan sakit-sakit sendi dan radang, terutama sekali pada wanita menopause.
10. Ada banyak lagi kelebihan yang telah terbukti dari kajian sains.
Petua :
Ia menjaga kecantikan rambut dan kulit seluruh badan.
Melebatkan rambut.
Baik untuk urut badan sengal-sengal.
Kalau sembelit makan sesudu besar.
Ubat melecet yang mujarab di kawasan manapun.
Yang pergi Umrah ( debab-debab sikit ), biasanya melecet antara celah kelengkang setelah sa’i. Sapukan minyak ni. Sekejapan baik.
Yang tinggal di negara sejuk atau panas, sebelum keluar rumah, sapu sikit aje minyak kat muka dan tangan.
Yang kena bawasir atau bengkak kat situ akibat ceret beret, sapu lah Minyak Zaitun Extra Virgin.
Penyediaan makanan
1. Tumis atau goreng-
Nota 1 : Di rumah, kami hanya mengunakan Minyak Zaitun Extra Virgin untuk menggoreng pasta atau mee. Sedap betul.-
Nota 2 : Kalau tumis bawang dan sebagainya untuk dish sayur, sambal tumis, sop, kuah kari dan sebagainya, kami guna Regular/Pure Olive Oil.-
Nota 3 : Goreng ikan dan sebagainya, barulah kami pakai Minyak Sawit yang mempunyai campuran Minyak Bijan dan kami campurkan pula dengan Virgin Olive Oil.
2. Kalau nak sediakan salad atau sayur, percikkan Extra Virgin Olive Oil + Vinegar + sebagainya.
3. Sebagai pengganti kepada Margerine jika suka makan roti.
AkhirkataJangan mempercayai pembohongan oleh IKLAN-IKLAN di Pasaraya, TV dan Majalah mengenai kelebihan Soya Oil, Canola Seed dan Sunflower Seed Oil. Ia membahayakan kesihatan. Satu Eropah dah tau tapi kita masih tertipu.
Lebih baik pakai Minyak Kelapa, Minyak Kelapa Dara, Minyak Sawit, Minyak Kacang dan terbaik sekali Minyak Zaitun.
Lebih baik pakai Minyak Kelapa, Minyak Kelapa Dara, Minyak Sawit, Minyak Kacang dan terbaik sekali Minyak Zaitun.
Semoga sihat wal afiat dan panjang umur para pembaca artikel ini.
Sunday, July 18, 2010
Ke ladang unta
Hari yang seterusnya semasa berada di Madinah sebelum ke Hudaibiah, kami dibawa ke ladang unta untuk meninjau peternak unta serta menikmati susu unta yang segar yang baru diperah susunya.....

Jabal Tsur
Seterusnya pada hari ke 5 kami dibawa pergi melawat ke tempat Jabal Tsur....Jarak Makkah-Jabal Tsur lk 5 km. Di Jabal tsur ini terdapat gua di mana gua ini pernah di guna oleh Rasulullah SAW dan Sayiddiina Abu Bakar untuk bersembunyi dari kejaran kaum kafir Quraisy, dan dengan mukjizat Allah SWT , pintu Gua tersebut di tutup oleh sarang laba-laba dan ada sarang burung merpati yang sedang bertelur. Dengan mukjizat Allah SWT itu, kaum kafir Quraisy tertipu dan tidak jadi masuk kedalam Goa.
Jabal Rahmah
Bergambar di kaki lereng Jabal Rahmah. Jabal Rahmah terletak di Padang Arafah. Mengikut riwayat ahli sejarah, diatas bukit inilah tempat pertemuan pertama kali Nabi Adam A.S. dan Siti Hawa di atas muka bumi ini. Setelah turun kebumi ini dari Syurga, mereka terpisah selama 200 tahun malah, dikatakan bahawa tempat ini merupakan antara tempat mustajab doa..khususnya utk mereka yang hendak mencari jodoh, betul ke tak...wallhualam


Sungguh indah pemandangan dari atas Jabal Rahmah ni, nampak terbentang luas Padang Arafah.....waktu ini lengang lah...musim haji sudah pasti kawasan ini dibanjiri dengan manusia dari segenap lapisan...ini adalah kerana pada tanggal 9 Zulhijjah setiap tahun, seluruh jamaah haji akan berkumpul di sini untuk berwukuf...dan di situ mereka akan bertasbih..bertahmid..beribadat dan berdoa kepada Allah taala...semata-mata mengharapkan keredhaan dan maghfirah dariNya. .Semoga Allah menjemput ku untuk menunaikan haji pulak di usiaku yg masih bertenaga...Ya Allah kau makbulkan lah....

Pandangan di kaki lereng Jabal Rahmah, buat pertama kalinya,aku terus memanjat bukit melalui batu2....nak buat mcm dah tak nampak tangga dilereng tangga batu disebelah kiri sana tu ada, advanture sikit mendaki dicelah2 batu bukit ni...

Subscribe to:
Posts (Atom)