Semasa di Madinah, rombongan kami dibawa ke Masjid Qiblatain, Masjid Quba, Bukit Uhud, ladang kurma, kilang mencetak Al-Quran (diberi percuma senaskah Al-Quran hanya lelaki sahaja yg dapat masuk, besar kecil Al-Quran yg diberi mengikut usia ...sekiranya usia meningkat maka besarlah Al-Quran yg dapat, sekiranya muda maka kecillah Quran yg dapat.....tak kisah lah kecil atau besar....kandungannya tetap sama.....dan membeli beberapa yang lain) dan Bazaar Kurma. Ladang kurma ni nampak saling tak tumpah macam ladang Kelapa Sawit, tapi bila diperhati dari dekat, ternyata ada sedikit perbezaan, terasa pula seperti berada dalam ladang kelapa sawit di Felda mana ntah.... sambil menghirup teh Arab yang dicampur daun Pudina serta Cardamon.
Pada hari kedua, Abe Tar selaku ketua bagi kami membawa pegi melawat sekitar kawasan Masjid Nabawi...Perjalananku terus ke perkuburan Baqi ....
Ia merupakan sebuah pemakaman di Madinah, dimana dikubur ini lebih kurang 10ribu sahabat, isteri dan anak2 Nabi serta tabi'in dan para pengikutnya. Menziarahinya adalah sunnah...Rasulullah pernah meminta ampun bagi penghuni Baqi.....
Doa Ketika Menziarahi Perkuburan Baqi':Disunatkan kepada para pelawat memberi salam kepada seluruh penghuni perkuburan Baqi' mengikut tempat pengkebumiannya, banyak membaca ayat-ayat al-Quran, berzikir kepada Allah, berdoa kepada penghuni perkuburan Baqi' serta seluruh kaum Muslimin yang meninggal dunia semoga Allah mengampuni kita serta mereka semua. Di antara doa-doa pilihan adalah sebagaimana berikut:
1.
السلام عليك دار قوم مؤمنين، وأتاكم ما توعدون، غدا مؤجلون، وإنا إن شاء الله بكم لاحقون، اللهم اغفر لأهل بقيع الغرقد
1.
السلام عليك دار قوم مؤمنين، وأتاكم ما توعدون، غدا مؤجلون، وإنا إن شاء الله بكم لاحقون، اللهم اغفر لأهل بقيع الغرقد
Yang bermaksud: "Salam sejahtera ke atas kamu wahai tempat tinggal orang-orang yang beriman, di berikan kepada kamu apa yang dijanjikan, besok akan tiba hari yang dijanjikan. sesungguhnya kami akan mengikuti kamu. Ya Allah, ampunilah penghuni perkuburan Baqi' Al-Gharqad.
Taman RaudahMakam Rasulullah s.a.w:

1. Setelah para pengunjung selesai menunaikan sembahyang sunat Tahiyyatul Masjid, mereka bolehlah menuju ke bilik Nabi lalu berdiri menghadap ke Makam Nabi s.a.w dan memberi salam dengan ucapan:
السلام عليك يا رسول الله، السلام عليك يا حبيب الله، السلام عليك يا خير خلق الله، أشهد أنك بلغت الرسالة وأديت الأمانة، ونصحت للأمة وجاهدت في سبيل الله حتى أتاك اليقين.
Yang bermaksud: "Selamat sejahteralah wahai Rasulullah, selamat sejahteralah wahai Habibullah, selamat sejahteralah wahai sebaik-baik makhluk Allah, Aku bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan risalah, menunaikan amanah tanggungjawab, memberi nasihat kepada umat dan engkau telah berjihad kerana meninggikan agama Allah sehingga keyakinan datang kepada engkau".
2. Kemudian bergeraklah ke kanan selangkah dan ucaplah salam kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq dengan ucapan:
السلام عليك يا أبا بكر، السلام عليك يا ثاني اثنين إذ هما في الغار، السلام عليك يا خليفة رسول الله
Yang bermaksud: " Salam sejahtera kepadamu wahai Abu Bakar, salam sejahtera wahai sahabat yang bersama Rasululah s.a.w di dalam gua Thur, salam sejahtera kepadamu wahai Khalifah Rasulullah s.a.w.
3. Kemudian bergerak ke kanan selangkah lagi dan ucaplah salam kepada Umar Al-Faruq dengan ucapan:
السلام عليك يا أمير المؤمنين، السلام عليك يا أبا حفص، السلام عليك يا غلق الفتنة.
Yang bermaksud: "Salam sejahtera kepadamu wahai Amirul Mukminin, salam sejahtera wahai Abu Hafsin, salam sejahtera wahai pengunci segala fitnah".
4. Kemudian hadaplah ke arah kiblat dengan membelakangi bilik Nabi yang mulia dan seterusnya meninggalkan tempat tersebut untuk para pelawat lain lalu berdoalah kepada Allah dengan apa jua doa yang dikehendaki samada yang berkaitan dengan perkara-perkara dunia atau akhirat
Longgokan kain , peniaga2 kat Madinah mengambil kesempatan membuka bentangan menanti para jemaah masjid keluar, selepas subuh...mereka seawal2 nya sudah bersiap sedia di pintu pagar Masjid Nabawi.
Di dataran Masjid NabawiDari kiri Mek Abe Tar umurnya dah 82 tahun, tapi tenaganya masih kuat lagi melakukan ibadah umrah ni...Kak Tini, aku serta mertuaku.....
Siap berposing ....inilah ahli keluargaku yg sama2 menjadi tetamuNya pada kali ini....insyaallah akan ku kunjungi lagi ke sini.
Di depan hotel penginapan di Madinah...
No comments:
Post a Comment